Ahad, 13 Disember 2015
ISU 1 : Asal Usul, Tujuan Dan Struktur Pendidikan Matematik DI Malaysia
Kronologi Ringkas Pendidikan
Di Malaysia
Pendidikan matematik awalan di
Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun
70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi. Pada ketika itu objektif
pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang
menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian
diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Aritmetik,
geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah
kesepaduan. Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus
ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan
telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran
matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan
dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982).
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan
sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan
itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata
pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah
terlalu banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara
umumnya, menguasai spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar
sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya
terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan
kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk
kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi
tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung
atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti
pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik
Azis Nik Pa, 1992).
i. Laporan Razak (1956)
Menteri
Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa
Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan
laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
Cadangan-cadangan dalam penyata
tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 .Kurikulum
pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas
cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi
itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.
ii.
Laporan Projek Khas (1970)
Projek
Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu
Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan
matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di
negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh
pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat
sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini.
Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan.
Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan
diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya
digantikan dengan Matematik KBSR.
iii.
Program Matematik Moden (1970)
Program
Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun
70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika
itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu,
pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik
Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969.
Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British
School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia
berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai
kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah
diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana
panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan
Sukatan Matematik. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan
Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975.
Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan
Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada
1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi
topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri,
matriks dan statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.
iv. Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
KBSR
dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979).
Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada
Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan
matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran
dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3)
mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta
pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, ÷ dan x). Aras II (Tahun
4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta
penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan
peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran,
sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini
bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu
juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.
v. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada
tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami
perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang
dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama
Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan
untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas
mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang
diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka
dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan
melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan
modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan
Matematik Sekolah Rendah: April 1993)
vi. Sukatan
Matematik Sekolah Rendah (1998)
Berikutan
pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi
Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik
telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan
pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam
situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan
kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi
setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki.
Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas,
perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata,
peratus dan graf.
Pengubahsuaian
dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik
bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang
terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk
merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Pada
bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan
1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini
bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran
dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Bagi setiap
tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk
tajuknya ialah:
1.
Nombor bulat dan operasi asas.
2.
Pecahan dan operasi asas.
3.
Perpuluhan dan operasi asas.
4.
Wang
5.
Ukuran panjang dan berat.
6.
Ruang
7.
Purata
8.
Peratus
9.
Graf.
Pengubahsuaian
dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik
bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang
terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan
untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003,
Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan enam rendah.
Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya
pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah,seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat.
Selain
daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan, ada
beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan
(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed
Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.
vii. Projek
Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)
Projek
Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani
keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan
kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang
ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan
miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan
dijalankan untuk membela nasib kanak- kanak dari keluarga yang berpendapatan
rendah.
Projek
ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980.
Melalui projek ini, peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah
dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra- sekolah
yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan, bantuan
kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan
keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan
pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek
ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif
murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan)
dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.
viii. Projek
InSPIRE (1977)
(Integrated System of
Programmed Instruction for Rural Environment)
Idea
untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui
oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama
projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program
pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar.
Pelbagai set bahanbahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah
dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif
kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.
Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.
ix. Projek
Sekolah Bestari di Malaysia
Salah
satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di
Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari
di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship- flagship lain.
Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas
cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini.Sekolah
Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk
semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan
sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.
Tumpuan
utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran –
pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya
pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran
Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri ,
terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah
Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Pakej courseware yang lengkap mengikut
sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah
disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia
bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah
telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek
utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis
ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau
penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.
ISU- ISU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ISU 1 : PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM
BAHASA INGGERIS ( PPSMI )
·
PPSMI
dilaksanakan secara berperingkat mulai 2003
·
Pelaksanaan
penuh PdP dalam Bahasa Inggeris bagi sekolah Menengah 2007 dan Sekolah rendah
pada 2008
·
Mendapat
tentangan dari pelbagai pihak khasnya NGO yang memperjuangkan Bahasa Melayu
·
PPMSI
dimansuhkan pada 2012 secara “soft
landing’’ ( berakhir sepenuhnya pada
tahun 2016) dan digantikan dengan MBMMBI
RASIONAL PPSMI :
·
Sains dan matematik adalah bidang yang menjadi
asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
·
Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa utama
pada peringkat tinggi dalam kedua-dua bidang ini.
·
Justeru kedua-dua mata pelajaran ini perlu diajar
dalam Bahasa Inggeris sebagai persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk
membolehkan negara mencapai taraf negara maju dan mampu bersaing di peringkat
global.
ULASAN/KOMEN :
·
PdP
patut dilaksanakan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris di sekolah yang
berprestasi tinggi dan Bahasa Melayu bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan
Bahasa Inggeris yang lemah.
·
Ini
penting supaya pelajar yang tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris mampu
mempelajari konsep penting matematik dan sains.
·
Bagi
pelajar yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi ,perlu belajar dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan awal untuk
menguasai bidang sains dan matematik di
peringkat yang lebih tinggi supaya mereka mampu bersaing di peringkat global.
ISU 2 : PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA ( PT3)
·
Dilaksanakan
ekoran pelaksanaan Penilaian Berasaskan sekolah yang bertujuan untuk membuat
pentaksiran secara menyeluruh dan
berterusan kepada pelajar dan tidak hanya bergantung kepada peperiksaan
semata-mata
·
Dinilai berdasarkan 4 jenis penilaian iaitu
keputusan keseluruhan, keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran ( jasmani,
sukan dan kokurikulum ) dan laporan
psikometrik.
·
Dilaksanakan mulai 2014
ULASAN/KOMEN :
·
Timbul
isu kesahan dan kebolehpercayaan kerana walaupun soalan disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia, namun demikian set soalan antara sekolah A dengan sekolah
B adalah tidak sama.
·
Pengawasan
peperiksaan dan penyemakan jawapan dilakukan oleh guru dari sekolah yang sama.
Ini mewujudkan isu kejujuran guru dalam pengawasan dan penyemakan terutamanya bagi guru yang mempunyai anak
yang menduduki PT3 di sekolah yang sama ( kebocoran soalan ).
·
Wujud persoalan
tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan
seumpamanya.
·
Pada pandangan saya pengendalian peperiksaan
perlu ditambahbaik bagi mengatasi isu – isu seperti di atas.
RUJUKAN
2- http://mieza17.blogspot.my/2012/06/perkembangan-matematik-di-malaysia.html
5-http://documents.tips/documents/kronologi-pendidikan-sekolah-di-malaysia-
55a8226ea3d3b.html
Langgan:
Catatan (Atom)