JURANG
PENCAPAIAN ANTARA PELAJAR
Jurang
pencapaian dalam pendidikan adalah merujuk kepada perbezaan pencapaian antara
dua kumpulan pelajar. Jurang pencapaian ini boleh dilihat dari gred , markah
ujian atau peperiksaan, kemampuan menyiapkan tugasan dan seumpamanya. Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan wujudnya jurang pencapaian ini, namun demikian
bagi tujuan tugasan ini saya akan membincangkan empat faktor yang menyebabkan
berlakunya jurang pencapaian iaitu faktor sikap, minat, pengaruh guru dan sosio
ekonomi keluarga.
A. FAKTOR SIKAP
·
Sikap ialah
perbuatan atau pandangan seseorang berdasarkan pendapat atau fikiran individu
tersebut.
·
Seseorang yang
mempunyai sikap yang positif akan memberikan tingkahlaku atau reaksi yang baik
terhadap sesuatu perkara. Sebaliknya jika individu tersebut mempunyai sikap
negatif maka perlakuan atau tindak balas terhadap perkara tersebut juga
berbentuk negatif.
·
Adalah lumrah bahawa pelajar yang mempunyai sikap
negatif terhadap mata pelajaran matematik tidak akan memberikan tumpuan
sepenuhnya semasa proses pembelajaran dan bersikap acuh tak acuh. Fenomena
seperti ini adalah sesuatu yang biasa ditemui di sekolah terutamanya bagi
pelajar yang mempunyai asas matematik yang lemah.
·
Usaha guru untuk mengubah sikap pelajar memerlukan
usaha dan masa serta sokongan dari pihak lain.Guru akan menemui kesukaran dalam
usaha ini dan biasanya berakhir dengan kegagalan untuk mengubah sikap pelajar.
Berdasarkan
pengalaman saya sebagai guru, sikap adalah sesuatu yang sukar untuk diubah
kerana ia telah menjadi suatu budaya diri pelajar sekian lama dan ia memerlukan
usaha yang gigih dan berterusan dari semua pihak termasuklah kesedaran pelajar
itu sendiri.
B. FAKTOR MINAT
·
Minat ialah kecenderungan untuk mendekati atau
membuat sesuatu
·
Mempunyai hubungan positif dengan pencapaian
pelajar iaitu pelajar yang berminat dengan pelajaran matematik biasanya
mempunyai pencapaian matematik yang baik dan sebaliknya.
·
Minat boleh mendorong pelajar untuk memberikan
tumpuan semasa proses ‘PdP’ dan berusaha
dengan lebih gigih untuk memahaminya
·
Minat dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti
pengaruh rakan/keluarga, guru dan persekitaran.
·
Minat yang tinggi akan timbul apabila pelajar
merasakan matematik adalah suatu mata pelajaran yang mencabar dan menyeronokkan.
·
Guru perlu memulakan pengajaran mengikut kemampuan
pelajar supaya pelajar merasakan matematik suatu pelajaran yang senang, ini
akan menimbulkan minat pelajar.
C. FAKTOR PENGARUH GURU
·
Tingkah
laku pengajaran guru akan mempengaruhi minat dan juga sikap pelajar yang
menentukan tahap pencapaian pelajar
·
Tingkah
laku pengajaran guru merujuk kepada gaya guru mengajar, sikap , penggunaan
bahan bantu dan hubungan guru-pelajar.
·
Guru yang
mempunyai gaya pengajaran yang baik akan mewujudkan rasa seronok semasa ‘PdP’ dalam kelas.
·
Ini
menimbulkan rasa selesa pelajar dan seterusnya lebih bebas untuk bertanya dan
mempelajari sesuatu konsep
·
Hubungan
guru- pelajar yang baik menimbulkan kecenderungan pelajar untuk menguasai mata
pelajaran yang diajar sebagai suatu timbal balas oleh murid atas kebaikan guru.
·
Pada
pandangan saya, pengaruh guru merupakan faktor yang utama dalam menentukan
jurang pencapaian pelajar
·
Ini adalah
kerana faktor ini boleh mempengaruhi faktor-faktor lain seperti minat dan sikap
pelajar.
D.FAKTOR SOSIO EKONOMI
·
Sosio ekonomi keluarga merujuk kepada ciri-ciri
keluarga , ini termasuklah bilangan isi keluarga, pekerjaan ibu bapa,
pendapatan ibu bapa dan pencapaian ahli keluarga yang lain.
·
Secara umumnya pelajar yang berada dalam sosio
keluarga yang baik mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding rakan mereka
dari sosio keluarga yang rendah.
·
Ini mungkin disebabkan keluarga yang mempunyai
pendapatan yang lebih tinggi lebih berupaya utuk memberikan kemudahan
pembelajaran yang terbaik seperti penyediaan tempat belajar, kelas tambahan dan
sokongan moral
·
Kesedaran ibu bapa yang berpendidikan tinggi juga
adalah lebih baik, ini mendorong ibu bapa untuk mengambil berat tentang
pelajaran anak mereka dan juga kadang kala memberikan sokongan moral dengan
membantu anak menyiap kerja rumah.
·
Terdapat kes dimana pelajar dari sosio ekonomi yang
rendah terpaksa menggunakan masa di luar sekolah untuk membantu keluarga
mencari rezeki seperti ke ladang, bekerja di restoran dan seumpayanya untuk
membantu kewangan keluarga.
·
Namun demikian faktor pendapatan keluarga bukanlah
faktor mutlak.
·
Terdapat kes pelajar dari keluarga pemdapatan
rendah mampu berjaya
·
Ini mungkin kerana kesedaran ibu bapa dan faktor
lain seperti sikap dan minat mendorong
pelajar untuk berusaha dengan lebih baik.
·
Kes seperti ini biasa kita jumpa sebagai contohnya
pelajar terbaik SPM 2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal
yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah tetapi mampu
mencapai kejayaan yang cemerlang kerana kesedaran ibu bapa yang tinggi dan juga
faktor sikap Nik Nur Madihah sendiri.
KESIMPULAN
Empat
faktor yang dibincangkan di atas adalah antara beberapa faktor utama yang
mewujudkan jurang pencapaian pelajar. Namun perlu disedari bahawa faktor ini
adalah saling berkait dan mempengaruhi satu sama lain. Pencapaian sebenar
pelajar akan berkait rapat dengan faktor yang paling kuat mempengaruhi pelajar
tersebut. Sebagai contohnya faktor minat akan mendorong perubahan sikap pelajar
untuk berusaha dengan gigih walaupun sosio ekonomi keluarga adalah rendah. Selain
faktor yang dibincangkan di atas terdapat beberapa faktor lain lagi seperti
faktor lokasi, gender, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Sebagai suatu
rumusan pada pendapat saya faktor ini saling berkait dan mempengaruhi satu sama
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan