ISU 6 : 4 ISU YANG BERKAITAN DENGAN STANDARD
PENGAJARAN PROFESIONAL.
Guru ialah satu
jawatan professional dan dihormati oleh masyarakat . Bagi menjamin status ini berkekalan setiap
guru mestilah bertindak secara
professional dan melaksanakan tugasnya dengan sepenuh hati serta bersedia untuk menanggung semua tanggungjawab yang sesuai dengan nilai kerjaya perguruan.
Profesionalisme dilihat dari dua aspek yang saling berkaitan –
pertama, profesionalisme dan kedua, etika profesionalisme. Profesionalisme
ditakrifkan sebagai ‘keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab
berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran . Etika
profesionalisme pula bermaksud‘satu panduan atau tatacara yang menentukan
kualiti moral, profesional dan nilai atau kualiti hati budi dan
kerja buat berdasarkan kepada latihan
sesuatu kepakaran. Etika profesionalisme dikaitkan dengan nilai-nilai etika dan
moral seperti bertanggungjawab, jujur,amanah, menepati peraturan dan ikhlas
dalam menjalankan tugas.
Ada tiga sebab utama mengapa profesionalisme penting kepada seseaorang
guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, profesionalisme dari segi
keupayaan dan kecekapan pengajaran akan menentukan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Jika guru tidak
berupaya dan tidak cekap dalam bidang ilmu adalah agak sukar bagi murid untuk
menguasai bidang ilmu dengan baik. Kedua, etika profesional akan memberi garis
panduan kepada guru tentang
perkara-perkara yang sewajarnya diikuti
atau ditinggalkan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran dapat
dikendalikan dengan berhemah dan profesional. Ketiganya, guru bukan sahaja berurusan langsung dengan
murid dalam tugas-tugas pengajaran dan
pembelajaran. Malah mereka juga berinteraksi di antara satu sama lain.
Guru professional ialah seorang guru yang memenuhi keperluan pelajar
dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,
kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Tegasnya
seorang guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru
juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu,
guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi
oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Di Malaysia, Standard Guru Malaysia(SGM) dijadikan sebagai panduan oleh
para guru, agensi dan institusi latihan perguruan,pensyarah serta guru besar
dan pengetua sekolah. SGM meliputi standard dan keperluan bagi melahirkan guru
unggul yang dapat membentuk modal insan kelas pertama. SGM bertujuan
menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan
yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi mencapai
tahap yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk melestarikan guru berkualiti .
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru yang memenuhi standard pengajaran
professional ialah :
LIMA CIRI GURU PROFESIONAL
1. Bertindak sebagai penyebar ilmu
·
Fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum
sekolah.
·
Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya
dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu.
·
.Guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.
·
Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya.
2. Bertindak sebagai Pembentukan
Nilai / Role Model
·
Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki
akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
·
Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
·
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala
nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.
·
Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa murid.
·
Guru secara tidak lansung akan dapat memupuk ciri
peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
·
Oleh itu guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
murid
3. Mempunyai kemahiran pedadogi yang berkesan
·
Pedadogi berkesan meliputi pengajaran berkesan dari
segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.
·
Guru mestilah mengenalpasti objektif pengajaran dan
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai
melaksanakan pengajaran.
·
Untuk itu
guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai
·
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara
optimum.
·
Guru perlu mempunyai kemahiran mengajar, penyediaan
bahan bantu mengajar, melaksanakan
pengajaran dan membuat penilaian
·
Tujuan penilaian adalah untuk mengenalpasti kelemahan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan
pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
4. Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
·
Berlaku perubahan dalam kurikulum dan perkembangan
dalam bidang pendidikan
·
Guru perlu peka terhadap perubahan dan perkembangan
pendidikan yang terkini..
·
Oleh itu guru perlu bersedia untuk mengubah dan
meningkatkan ilmu pengetahuan dan pedadogi pengajaran
·
Guru mestilah sentiasa bersedia untuk mengikuti
kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan tahap
profesionalisme guru.
·
Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran pengajaran.
·
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai
kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan ilmu
dan pedagogi pengajaran masa kini serta mengaplikasikan
teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah
5. Berupaya Membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran
Kritis Dan kreatif
Selain menjalankan tugas hakiki guru juga
sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
·
Sebagai
pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan.
·
Perubahan-perubahan
dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif yang digunakan dalam pengajaran dan juga tugas-tugas
lain seorang guru.
ISU –ISU DALAM STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL
Secara umumnya guru
adalah professional dalam pengajarannya di dalam kelas. Pihak Kementerian
Pendidikan melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap professional guru
seperti kursus peningkatan pedadogi, kursus pengurusan dan sebagainya.
Kementerian juga telah mengeluarkan Standard Guru Malaysia sebagai panduan untuk mencapai taraf guru
professional. Namun usaha ini adakalanya tercemar dengan sikap dan tindakan
segelintir guru yang kurang professional. Antara isu yang berlaku dalam
standard Pengajaran Profesional ialah :
1. Isu Disiplin Guru
·
Terdapat guru yang tidak berdisplin seperti masuk
lewat kelas dan seumpamanya
·
Ia bukanlah isu yang mudah walaupun kelihatan
kecil, ini adalah kerana guru adalah menjadi role model kepada murid, guru yang
tidak berdisplin akan menyebabkan murid juga tidak berdisplin .
·
Tugas mendisplinkan pelajar akan menjadi sukar
kerana pelajar akan membandingkan dengan
sikap guru yang juga tidak berdisplin.
·
Ini mewujudkan kes- kes displin di sekolah seperti
ponteng, buli dan sebagainya.
2. Isu Guru Tidak Bersedia Dengan Perubahan Sistem
·
Sistem pendidikan dan kurikulum sentiasa berubah
mengikut keperluan dan perkembangan
·
Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini memerlukan
kesediaan guru yang cukup bagi mempersiapkan diri untuk mengaplikasikan sistem
baru tersebut.
·
Jika perlaksanaan sistem tidak berjaya kerana guru
tidak bersedia, maka guru sukar untuk mencapai tahap profesionalisme seperti
yang diinginkan.
·
Kesan daripada ketidaksediaan guru bagi
mengaplikasi sistem baru, akan menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran menjadi kurang berkesan. Contohnya penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran.
·
Ini menyebabkan murid kurang memahami pengajaran guru dan cepat
merasa bosan
·
Guru perlu bersikap optimis dan bersedia untuk
menerima sebarang perubahan dan perkembangan dalam bidang pendidikan .
3. Isu Guru Mengajar Mata Pelajaran Yang Bukan Opsyen
·
Guru mengajar mata pelajaran bukan opsyen seperti yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Perguruan atau universiti.
·
Ini adalah
suatu realiti yang berpunca dari
ketidaksepadanan dalam pengagihan guru di sekolah dan juga keperluan sekolah itu sendiri yang mahukan
guru mengikut kekosongan subjek yang ada.
·
Guru bukan opsyen akan mengalami masalah kekurangan
kontent ( isi kandungan ) mata pelajaran yang hendak di ajar. Ini akan
menyebabkan guru kurang yakin ketika mengajar
·
Antara kesan awal yang boleh berlaku akibat
daripada kurangnya keyakinan guru mengajar subjek bukan opsyen ialah guru itu
sendiri kurang bersemangat untuk mengajar. Ini seterusnya akan menyebabkan murid
pula menjadi kurang motivasi kerana mereka tahu guru tersebut tidak mempunyai konten
yang cukup untuk mengajar mereka.
·
Impak yang paling ketara ialah penurunan prestasi murid.
·
Guru perlu bersikap optimis bagi mengatasi masalah
ini dengan menghadiri kursus yang berkaitan dengan kontent seperti Program
intervensi tambah Opsyen (PITO) yang dilaksanakan oleh kementerian Pendidikan
bagi beberapa mata pelajaran yang kritikal.
4. Isu Guru Masih Menggunakan
Kaedah Tradisional
·
Masih terdapat ramai guru yang terikat dengan
kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dan kurang menggunakan
pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid dan tidak menggunakan pelbagai
pendekatan
·
Kesannya murid cepat merasa bosan dan hilang minat.
·
Terdapat guru yang terlalu mementingkan prestasi
peperiksaan dan mengejar masa untuk
menghabiskan sukatan mata pelajaran. Ini
menyebabkan mereka lebih suka menggunakan
kaedah ‘chalk and talk’ . Ini adalah
kerana pada pandangan mereka kaedah ini lebih
menjimatkan masa dan berkesan dan tidak
perlu menggunakan Bahan Bantu mengajar yang
dianggap membazir masa.
·
Kesannya murid hanya mengingati apa yang diajar dan
membantut daya pemikiran dan kreativiti mereka . Aspek lain seperti pemahaman,
amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian sewajarnya.
·
Guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, bagi mengelakkan murid
berasa bosan di dalam kelas, sebagai contohnya menggunakan pendekatan secara kontekstual.
·
Pembelajaran secara kontekstual ini adalah kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan, pengetahuan sedia ada dan
persekitaran. Dengan menggabungkan elemen-elemen tersebut, murid tidak akan
bosan dan sekaligus guru boleh menggalakkan
murid berfikir dan dapat meningkatkan semangat inkuiri mereka
·
Ini akan membantu melahirkan murid yang mempunyai
Kemahiran aras Tinggi yang boleh menyelesaikan masalah harian yang melibatkan konsep
atau kemahiran berkaitan mana-mana subjek.
RUMUSAN
Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa kerjaya perguruan
diiktiraf sebagai suatu kerjaya professional kerana ia memerlukan dan
menggunakan kepakaran tertentu dalam melaksanakan tugasnya. Seorang guru
mestilah memiliki sekurang-kurang tiga
aspek ilmu dan kemahiran iaitu ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam mata
pelajaran yang diajar, kemahiran pedadogi untuk melaksanakan pengajaran dan
mempunyai etika moral yang tinggi.
Standard pengajaran professional bagi seorang guru adalah penting agar
proses penyampaian ilmu kepada pelajar dapat berlaku secara sistematik,
difahami dan mencapai objektif pembelajaran.
Guru mestilah menjaga etika dan nilai-nilai moral yang ketat kerana
seorang guru merupakan ‘role model’ yang akan menjadi ikutan murid. Kegagalan
guru menguasai dengan baik 3 aspek yang dinyatakan sebelum ini akan
mengakibatkan terhakisnya ciri-ciri professional guru.
Empat isu yang menghakis professional guru telah dibincangkan dalam
tugasan ini dan ia adalah berkait rapat dengan sikap dan pandangan guru
tersebut. Ini menunjukkan bahawa sekiranya seorang guru benar-benar berhasrat
untuk menjadi seorang guru yang professional dalam pengajarannya dan serius
untuk melahirkan generasi pelajar yang
cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global, maka guru tersebut mestilah
memenuhi sekurang-kurangnya tiga ciri utama yang telah dibincangkan sebelum ini
iaitu ilmu pengetahuan, ilmu pedadogi dan nilai atau etika professional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan