ISU 5 : PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM MATEMATIK
Matlamat utama
sesuatu sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap
sesuatu konsep asas yang dipelajari. Bagi mencapai matlamat tersebut , proses
PdP haruslah dilakukan secara terancang dan menggunakan strategi yang tepat.
Strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik
mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan bagi tujuan mencapai objektif pelajaran
dengan berkesan. Strategi pengajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun
dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.
Strategi adalah merangkumi pertimbangan teori pembelajaran , pendekatan, kaedah
dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan
pencapaian objektif yang berkesan.
Ini bermakna pendekatan pengajaran yang tepat adalah penting supaya matlamat
pengajaran dapat dicapai. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala
yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan
haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan pengajaran yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu, iaitu :
a) konkrit kepada abstrak
b)mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada
umum (induktif)
F) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui
Dalam melaksanakan
pengajaran terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru bergantung
kepada banyak faktor seperti kesediaan murid, suasana kelas, isi pengajaran,
objektif pengajaran dan pelbagai faktor lagi. Adakalanya pendekatan ini
digunakan secara berasingan dan adakalanya pendekatan ini digabungkan
bergantung kepada kesesuaian. Antara pendekatan yang biasa digunakan dalam
pengajaran matematik ialah :
Pendekatan Koperatif
·
menekankan penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat.
·
murid perlu bekerjasama ke atas setiap satu ahli
dalam kumpulannya.
·
Matlamat hanya dapat dicapai jika semua ahli dalam
kumpulan belajar semua objektif yang diajar
·
Tiga konsep pendekatan iaitu, ganjaran kumpulan,
kebertanggungjawaban indivdu, dan peluang yang sama untuk berjaya.
·
Ahli dalam kumpulan bertanggungjawab membantu
sesama mereka dalam kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi kumpulan mereka.
Pendekatan Deduktif
·
Guru mengajukan kepada murid dengan peraturan
am dan membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan
tadi.
·
Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan
berupaya pula mengaplikasikannya
·
Ringkasnya prestasi murid selepas memberi contoh
itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui peraturan yang perlu
untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada situasi
baru yang mempunyai kaitan yang sama.

Pendekatan Bermain Sambil Belajar
·
Mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar
secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
·
Murid diberi peluang menyaksikan sendiri situasi
sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah.
·
Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan
empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis
situasi secara objektif.
·
Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi
yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah
benar.
Pendekatan Induktif
·
guru
akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus
berdasarkan satu prinsip yang sama
·
guru
perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat
persamaan daripada contoh-contoh tersebut
·
Daripada
contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat
generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru
·
Guru
akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan
konsep
·
Murid
dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat
kesimpulan yang tepat
·
pendekatan
induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan
contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta
generalisasi
Pada hakikatnya
terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran yang digunakan oleh guru
bergantung kepada kesesuaian dan pertimbangan guru. Dalam hal ini guru adalah seorang
professional yang bertanggungjawab untuk memutuskan pendekatan pengajaran yang
paling sesuai. Sungguhpun demikian pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru
adalah berasaskan kepada teori-teori dalam pendidikan. Tegasnya pemilihan
pendekatan pengajaran yang tepat akan memudahkan proses PdP dan objektif PdP
dapat dicapai dengan baik.
Pengalaman dan teori
dalam pendidikan akan membantu guru memilih pendekatan yang difikirkan paling
sesuai. Tidak terdapat suatu pendekatan pengajaran yang sesuai untuk semua
situasi atau isi pengajaran. Hal ini bermaksud setiap guru haruslah mempunyai
kemahiran dalam pelbagai pendekatan pengajaran supaya guru tersebut dapat
melaksanakan tugas semasa PdP dengan berkesan dan menarik. Hasilnya objektif
pembelajaran akan dapat dicapai dan pembelajaran murid akan lebih bermakna dan
berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan